Musabaqah
Tilawatil Al-Quran Belia Asia Tenggara merupakan 'ownership' Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan merupakan projek yang dianjurkan
setiap dua tahun sekali.
Pada
tahun ini musabaqah disertai oleh qari dan qariah dari Republik
Demokratik Timor-Leste, Negara Brunei Darussalam, Thailand, Viet Nam,
Malaysia, Republik Filipina, Republik Singapura, Republik Demokratik
Rakyat Lao dan Kemboja.
Inisiatif
kerajaan telah mendapat sambutan negara-negara ASEAN dan Republik
Demokratik Timor-Leste yang menjadi kebanggaan negara, kerana negara
berupaya melakar satu program serantau yang berkesan terhadap
belia-belia di rantau ini.
Selain
itu, musabaqah seumpamanya juga dihasratkan untuk memupuk dan menyemai
persahabatan dan persaudaraan serta jaringan kerjasama belia-belia Asia
Tenggara, di samping membantu meninggikan mutu pembacaan Al-Quran dalam
kalangan belia-belia Asia Tenggara di samping menghubungkan
kesinambungan mutu bacaan dari peringkat belia.
Peserta
dari Thailand, Jirayu Chimkul selaku peserta pertama ketika di temu
bual oleh Pelita Brunei, melahirkan rasa gembira kerana berkesempatan
untuk menyertai Musabaqah Tilawatil Al-Quran Belia pada tahun ini.
Beliau
merasa beruntung kerana terpilih mewakili Thailand buat pertama kali,
dan berharap akan terus dapat mewakili negaranya di musabaqah yang sama
di tahun akan datang.
''Saya
terpegun dengan penyertaan dari beberapa buah negara anggota ASEAN yang
memperdengarkan mutu bacaan yang begitu baik. Saya berharap usaha yang
dilakukan selama ini akan membuahkan hasil yang bagus nanti,'' jelasnya.
Sumber : Pelita Brunei