Para 
belia diseru untuk meneruskan dan memperbanyakkan pembacaan Al-Quran 
dengan menuntut bacaan tersebut daripada guru-guru yang mahir dalam 
bidang Al-Quran.
Johan
 qari Musabaqah Tilawah Al-Quran Belia Asia Tenggara Kali Ke-8 Tahun 
1439 / 2017, Awang Ahmad Zulwaqar bin Haji Suhaili ketika ditemui Pelita
 Brunei seterusnya berharap akan dapat memperbaiki bacaan Al-Quran, di 
samping akan terus menuntut ilmu taranum itu daripada guru-guru yang 
mahir dalam Al-Quran.
Selain
 itu, beliau juga berhasrat agar dapat mengongsikan dan mengajar bidang 
pembacaan Al-Quran itu kepada mereka yang berminat untuk menceburi 
bidang berkenaan.
Sementara
 itu, johan qariah, Dayangku Amal Zahirah binti Pengiran Haji Jofri pula
 menjelaskan bahawa kejayaan yang dicapai itu merupakan dorongan 
daripada kedua ibu bapanya.
Beliau
 yang bergiat aktif sejak berusia lapan tahun berharap akan dapat 
mengikuti musabaqah Al-Quran di peringkat yang lebih tinggi.
Justeru
 itu, beliau menasihatkan para belia yang menceburi bidang Al-Quran 
supaya secara berterusan berlatih dengan bergurukan Al-Quran.
Musabaqah tersebut berlangsung di Dewan Persidangan Antarabangsa, di sini.
Sumber : Pelita Brunei