26.11.2019 | Sidang Media Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara Ke-9, 2019 | | SIDANG MEDIA
MUSABAQAH TILAWATIL QURAN BELIA ASIA TENGGARA KE-9, 1441/2019
Pengerusi :
Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud,
Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet)
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Tarikh :
Hari Selasa, 26 November 2019
Jam :
9.00 pagi
Tempat :
Dewan Citra Budaya, Bangunan KKBS
BISMILLAHIR RAHMAN NIR RAHIM
Alhamdulillah Hi Raballamin Wasalatu Wasalamu Ala Asyarafi Ambia Iwalmursalin
Saidina Muhammad Waala Alihi Wasahbihi Ajmain.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.
Selamat Datang ke Dewan Citra Budaya. Terlebih dahulu sukacita mengucapkan ribuan terima
kasih di atas kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan pada sidang media mengenai Musabaqah
Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara Ke-9, 1441H/2019M.
Peramba/Saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Mula Kolonel (B) Pengiran Haji
Maiddin bin Pengiran Haji Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan); Yang
Mulia Pengiran Haji Mohd Azlan bin Pengiran Haji Tengah Omar, Pemangku Pengarah Belia dan
Sukan dan Dayang Hajah Noor Maslina binti Haji Sulaiman, Pemangku Timbalan Pengarah Belia
dan Sukan.
Dikongsikan bersama cara ringkas latar belakang Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara
Ke-9, 1441H/2019M.
- Untuk makluman bersama bahawa Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara
dianjurkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan yang dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan
Sukan dan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan melibatkan Kementerian-
Kementerian lain seperti Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri,
Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan dan
beberapa Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian yang lain.
- Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara adalah projek dwi tahunan yakni biennial atau
penganjuran dua tahun sekali. Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara tahun ini
merupakan edisi ke-9 dan pertama kalinya dianjurkan pada tahun 2000 dan kali ke-8 pada tahun
2017.
- Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara Ke-9 akan diadakan selama 3 malam berturut-
turut mulai 3, 4 dan 5 Disember 2019 ini di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa
Berakas, Negara Brunei Darussalam. Alhamdulillah seramai 11 orang Qari dan 11 orang
Qariah akan menyertai edisi Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara Ke-9 pada tahun
ini yang membawa jumlah keseluruhan penyertaan adalah seramai 22 orang qari dan qariah
yang berumur diantara 15 ke 30 tahun dari negara-negara ASEAN dan penyertaan Republik
Demokratik Timor Leste.
- Negara Brunei Darussalam akan diwakili oleh johan qari dan qariah Musabaqah Tilawatil
Quran Belia Kebangsaan tahun 2019 anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan iaitu
Yang Mulia Awang Abdull Muin bin Haji Abdul Hamid dan Yang Mulia Dayangku Siti Ummi
Syazana binti Pengiran Marjuki.
- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-
Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri akan
berkenan berangkat ke Malam Pertama Majlis Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara
yang akan diadakan pada hari Selasa, 3 Disember 2019 dan jua ianya merupakan Majlis
Perasmian. Malam pertama ini akan memperdengarkan bacaan daripada 6 orang qari dan
qariah.
- Malam kedua akan diadakan pada hari Rabu, 4 Disember 2019 dan akan memperdengarkan
bacaan daripada 16 orang qari dan qariah.
- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi
Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berkenan berangkat ke
Majlis Pengurniaan Hadiah Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara Ke-9, 1441/2019
pada Malam Ketiga yang akan diadakan pada Hari Khamis, 05 Disember 2019 yang juga akan
berkenan menyampaikan hadiah-hadiah dan cenderamata kepada johan qari dan qariah serta
peserta-peserta dan ahli-ahli jemaah hakim Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara
Ke-9, 1441/2019.
- Alhamdulillah, Radio Televisyen Brunei akan menyiarkan secara langsung Musabaqah
Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara ke-9 ini di ketiga-tiga malam melalui saluran RTB
Perdana, RTB Sukmaindera, RTBGo, Rangkaian Nasional, Rangkaian Nur Islam dan
Rangkaian Pilihan.
- Oleh yang demikian, orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir bagi sama-sama meramaikan
dan mengimarahkan Majlis Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara itu nanti.
- Sekian, Wabilah Hit Taufik Wal Hidayah Wassalamulaikum Warah Matullahi Wabarakatuh.
| Attachments |
|
|