Duli Yang
Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji
Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di
Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Musabaqah
Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara (MTQBAT) Ke-9, Tahun 1441 Hijrah /
2019 Masihi.
Keberangkatan
tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran
Muda Haji Al-Muhtadee Billah di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas
dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat
Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang
Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; dan Menteri Hal Ehwal
Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz
Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku
Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi MTQBAT Ke-9, Tahun 1441 Hijrah /
2019 Masihi.
Pada
majlis itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota
berkenan mengurniakan sabda dan seterusnya menyempurnakan Perasmian
MTQBAT Ke-9, Tahun 1441 Hijrah / 2019 Masihi.
Berangkat
sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul
Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Majlis
dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, dipimpin oleh Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang
Salim bin Haji Besar, diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan, antara lain menyembahkan setinggi-tinggi
menjunjung kasih di atas keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ke MTQBAT
Ke-9, Tahun 1441 Hijrah / 2019 Masihi.
Yang
Berhormat seterusnya menyembahkan bahawa keberangkatan DYTM di majlis
tersebut mencerminkan sikap keperihatinan DYTM yang amat mendalam
terhadap kepentingan Kitab Suci Al-Quran untuk dijadikan sandaran dalam
menanai nilai-nilai Islam dalam kalangan belia.
Menurutnya,
musabaqah merupakan landasan yang amat bernilai untuk meningkatkan lagi
mutu bacaan Al-Quran, seterusnya dapat menyebarkan syiar suci Ugama
Islam, khususnya dalam kalangan belia.
InsyaaAllah
ujarnya, dengan adanya acara-acara keagamaan seperti inisiatif murni
yang diilhamkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Ukhuwah Islamiah
dalam kalangan Belia Asia Tenggara akan diperkukuhkan lagi, di samping
mengeratkan silaturahim yang sedia terjalin dalam kalangan warga
serantau, terutamanya yang beragama Islam.
''Apa
yang dihasrat dan dimatlamatkan melalui Majlis Musabaqah ialah
penterjemahan pengajaran Kitab Suci Al-Quran dalam segala tindakan dan
kehidupan demi memacu kejayaan dan kegemilangan umat Islam, khususnya
dalam kalangan belia,'' terangnya.
Sebagai
generasi penerus tambahnya lagi, amatlah wajar untuk disandarkan
harapan kepada para belia untuk mengungguli dan mengagungkan Kitab Suci
Al-Quran di sepanjang masa sebagai modal insan terbaik untuk menyumbang
kepada kejayaan negara juga kemajuan ummah Islam pada masa kini dan yang
akan datang.
Majlis
MTQBAT Ke-9, Tahun 1441 Hijrah / 2019 Masihi bagi malam pertama
dimulakan dengan bacaan daripada enam peserta, iaitu dari Republik
Kesatuan Myanmar, Republik Indonesia, Malaysia, Republik Sosialis Viet
Nam, Kerajaan Thailand dan Republik Filipina.
MTQBAT diadakan selama tiga malam berturut-turut, bermula malam ini hingga Khamis di tempat yang sama.
Seramai
22 peserta dari sepuluh buah negara rantau Asia Tenggara menyertai
musabaqah kali ini dan turut dijemput ialah penyertaan daripada Republik
Demokratik Timor Leste.
MTQBAT
diadakan sejak tahun 2000, kali kedua pada tahun 2003, ketiga pada
tahun 2005, keempat pada tahun 2007, kelima pada tahun 2011, keenam pada
tahun 2013, ketujuh pada tahun 2015 dan kelapan pada tahun 2017.
Inisiatif
kerajaan ini mendapat sambutan Negara-negara Anggota ASEAN dan Republik
Demokratik Timor Leste yang menjadi kebanggaan negara kerana negara
berupaya melakar satu program serantau yang memberikan kesannya terhadap
belia-belia di rantau ini, antaranya memupuk dan menyemai persahabatan
juga persaudaraan serta jaringan kerjasama Belia-belia Asia Tenggara, di
samping membantu meninggikan mutu pembacaan Al-Quran dalam kalangan
Belia-belia Asia Tenggara dan menghubungkan kesinambungan mutu bacaan
dari peringkat belia, seterusnya ke peringkat dewasa, sama ada di
peringkat kebangsaan atau antarabangsa.