Sayyidinaa Muhammadin, W a’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een,
Waba’du.
Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin serta
rahmat-Nya jua,
dapatlah kita semua hadir di Majlis Musabaqah Tilawatil Quran
Belia Asia Tenggara Ke-8, pada malam ini.
Majlis yang berkebajikan lagi berkat ini merupakan satu lagi pandangan jauh
dan kepimpinan bijaksana Paduka Ayahanda dalam memperkukuhkan Syiar
Islamiah,
khususnya, dalam memartabatkan ilmu dan seni tilawah Al-Quran
terutama di kalangan belia di rantau ini.
Matlamat utama adalah sangat jelas; iaitu sebagai wadah perpaduan kepada
generasi belia Asia Tenggara untuk berinteraksi,
berkongsi ilmu dan pengalaman
ke arah meraih keberkatan Al-Quran.
Ini mengambil kira bahawa belia-belia rantau ini memiliki latar belakang sosio-
budaya yang berlainan.
Saya sangat yakin Majlis Musabaqah ini dapat seterusnya meningkatkan
semangat ukhuwah dan perpaduan ummah yang menjurus kepada
pembangunan rantau yang aman,
progresif, dan diberkati Allah Subhanahu
Wata’ala.
Dalam masa yang sama, penganjuran ini juga diharap dapat melahirkan
pemimpin belia pada hari esok yang berakhlak mulia, berilmu dan yang
mempraktikkan
amalan kerohanian yang mantap dalam semua hal terutama
menguruskan pentadbiran negara.
Sejak kebelakangan ini, Alhamdulillah, saya sangat gembira mengambil maklum
bahawa sudah mula timbul kesedaran dan keinginan masyarakat Islam
untuk
memulakan hafazan dan pengajian Al-Quran kepada anak-anak seawal usia
hingga ke peringkat remaja.
Ini bertujuan untuk mempersiapkan diri mereka dengan nilai-nilai murni dan
pendidikan akhlak
serta pembangunan jati diri bagi menghadapi senario dan
cabaran kehidupan yang sentiasa berubah.
Usaha sedemikian adalah sangat penting.
Ini kerana arus globalisasi dan
kepantasan penyebaran maklumat dalam era teknologi digital
turut memberikan
kesan kepada keutuhan masyarakat serta mempengaruhi sikap
dan mencabar
intelek golongan belia yang perlu dibimbing secara terarah.
Di samping itu, Saya juga menekankan betapa pentingnya peranan
sistem
pendidikan ugama yang diwajibkan itu
bagi memastikan akhlak generasi muda
boleh dijadikan sebagai sumber aset yang sangat bernilai dan teras
kepada
keperluan pembangunan negara dan sumber tenaga manusia yang mampan.
Tidak dinafikan lagi bahawa belia yang beriman dan bertakwa
adalah cermin
masa hadapan negara dan kesatupaduan serantau.
Ke arah itu, generasi belia serantau perlu menanamkan kesedaran untuk sentiasa
berusaha
dan sedia bersaing dalam memajukan diri dan ummah.
Generasi belia
perlu meletakkan diri mereka sebagai penggerak dan pembina tamadun yang
unggul
serta dihormati oleh masyarakat serantau dan dunia.
Di kesempatan ini, saya menyeru supaya pihak-pihak yang berkenaan
akan
terus memikirkan kehadapan program pembangunan kebeliaan serantau
secara
bersepadu yang menekankan kedua-dua aspek duniawi dan ukhrawi
ke arah
memperkasakan sumbangan generasi belia
kepada kecemerlangan ummah,
peradaban dan tamadun serantau.
Akhir kata, dengan mendahulukan kalimah ‘Bismillah Hir Rahman Nir Rahim’,
selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wassalam,
saya sukacita merasmikan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia
Tenggara Ke-8.
Sekian, Wabillahit Taufiq Wal-hidayah, Wassalamu ’Alaikum Warahmatullaahi
Wabarakaatuh